30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Mangsa banjir maut terkena renjatan elektrik di Dengkil

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik di premis perniagaan Taman Deluxe, Dengkil, hari ini.

Memetik laporan Metro Online, Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Shafizol Mohd Nor berkata, lelaki berumur 30-an itu terkena renjatan elektrik ketika melalui kawasan kedai.

Menurutnya, kejadian berlaku jam 10.30 pagi ketika bomba sedang melakukan kerja menyelamat penduduk di Taman Mas dan Taman Aman, Dengkil untuk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, ketika anggota tiba mangsa kelihatan terbaring dan kerja menyelamat dilakukan menggunakan tali untuk menarik mangsa.

“Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat dibawa ke Hospital Putrajaya oleh ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Berikutan kejadian itu, bomba mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mematikan bekalan elektrik di kawasan itu bagi mengelak kemalangan berlaku,” katanya.

Baca juga:   DBKL tambah CCTV, siren sistem amaran awal banjir

Sejak 3 pagi tadi, Taman Mas dan Taman Aman dinaiki air hampir dua meter menyebabkan penduduk berpindah dengan bantuan bomba, APM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Shafizol berkata, sesetengah penduduk tidak memberi kerjasama untuk berpindah dan melakukannya di saat akhir walaupun diarahkan sejak semalam.

Katanya, penduduk beranggapan mereka sudah tinggal lebih 12 tahun di kawasan itu dan tidak menjangka akan berlaku banjir besar.

“Penduduk perlu mematuhi arahan pihak berkuasa kerana ketika ini musim hujan berpanjangan dan air sungai juga meningkat termasuk pelepasan air empangan.

Baca juga:   Padah hisap rokok, vape, shisha di premis makanan dapat notis

“Bomba juga berhadapan masalah melakukan kerja menyelamat kerana banyak kenderaan diletakkan di bahu jalan raya sehingga menyukarkan untuk menurunkan bot ketika menyelamat,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Bantuan Musim Tengkujuh pekebun kecil Risda ditambah baik

KABINET bersetuju meluluskan Penambahbaikan skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah...

Lagi Artikel Berkaitan