28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pemergian Osman Sapian kehilangan besar buat Johor, Bersatu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMERGIAN bekas Menteri Besar, Datuk Osman Sapian, 70, yang menghembuskan nafas terakhir malam tadi merupakan suatu kehilangan besar kepada negeri Johor dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, secara peribadi beliau telah lama mengenali Allahyarham dan sama-sama aktif dalam politik di Johor terutama ketika penubuhan Bersatu beberapa tahun dahulu.

“Saya merasa dukacita apabila mendapat berita bekas Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian meninggal dunia malam tadi.

“Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan saya mendoakan mereka bersabar dalam berhadapan dengan saat-saat yang menyedihkan ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Tambah Muhyiddin lagi, sepanjang mengenali Allahyarham, Allahyarham seorang yang kuat, kental, tabah dan tidak mudah mengaku kalah.

“Pemergian Allahyarham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas merupakan satu kehilangan kepada negeri Johor dan parti Bersatu.

“Sebagai seorang sahabat, pastinya hati ini sayu dan terkejut mendengar berita pemergian beliau. Tenanglah di sana sahabatku,” katanya.

Advertisements

Muhyiddin turut meminta untuk semua pihak bersama-sama memanjatkan doa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Saya memohon kepada semua untuk sama-sama membaca dan sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.

Terdahulu, media melaporkan Bekas Menteri Besar Johor, Osman meninggal dunia di rumah anaknya di Damansara, Kuala Lumpur, pada jam 11.45 malam tadi.

Pada 13 Oktober lalu, Osman, 69, yang juga ADUN Kempas dan Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam dilaporkan dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor di sini selepas diserang strok ringan.

Pada November lalu beliau dilaporkan dirawat di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), Selangor.

Osman dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-16 selepas Pilihan Raya Umum pada 2018. Beliau adalah menteri besar bagi tempoh 12 Mei 2018 sehingga 8 April 2019.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan