33.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Suami isteri rakan Long Tiger ditahan dipercayai bersubahat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan sepasang suami isteri warga tempatan berusia 41 dan 43 tahun yang dipercayai mengetahui keberadaan serta bersubahat dengan Abdul Hamim Ab Hamid atau dikenali sebagai Long Tiger yang kini diburu polis.

Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata kedua-dua suspek ditahan di Balai Polis Bukit Gambir, kira-kira 12.30 tengah malam kelmarin dan direman empat hari hingga Jumaat ini.

“Mereka (suami isteri) ditahan di Balai Polis Bukit Gambir dan adalah kawan (Long Tiger).

“Kita masih melancarkan operasi untuk mengesan Long Tiger dan kita percaya dia masih berada di kawasan sekitar Bukit Gambir.

“Saya minta masyarakat dan orang awam, jangan sesekali melindungi Long Tiger kerana dia diburu oleh pihak polis.

AYUB KHAN

“Kalau kita dapat maklumat dan ada bukti ada orang awam mencuba melindungi Long Tiger, kita akan buat tindakan yang sama,” katanya.

Baca juga:   Dua pekerja sangkar ikan ditahan di Pulau Jerejak

Beliau berkata demikian pada sidang media Ops Khas Bersepadu (Bas Ekspres/Persiaran) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Johor di Hentian Simpang Renggam (U) Lebuhraya Utara Selatan, malam tadi.

Dalam perkembangan kes sama, Ayob Khan berkata, pihaknya menyiasat segala aspek termasuk elemen rasuah yang mungkin berlaku sehingga Long Tiger lolos daripada tahanan polis sebelum ini.

“Dua daripada empat anggota polis yang ditahan sebelum ini terbabit secara langsung dengan aspek kecuaian sehingga Long Tiger meloloskan diri.

Baca juga:   Dua pekerja melecur dalam kebakaran kilang proses getah tiruan

“Dua anggota polis berkenaan ditahan kerja dan biasanya, kes anggota polis, apabila dituduh di mahkamah akan digantung kerja, sehingga habis proses rayuan sebagainya, baru kita ambil tindakan selanjutnya.

“Ini walau tak dituduh di mahkamah membabitkan kes serius, kita ambil tindakan tahan kerja.

“Kita siasat segala aspek sama ada dia bersubahat, bersengkongkol atau dirasuah, itu semua kita siasat bukan dari segi kecuaian sahaja,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan empat anggota polis disiasat untuk membantu siasatan kes seorang tahanan lelaki Rohingya digelar Long Tiger yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor, 15 Disember lalu.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan