Thursday, June 4, 2026

Lagi sekolah dijangkiti COVID-19, kali ini di SMTDR Lenggong

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBUAH lagi sekolah di Perak dijangkiti wabak COVID-19 selepas sesi persekolahan secara bersemuka di negeri itu kembali dibuka sejak 22 November lalu.

Kali ini melibatkan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) Lenggong membabitkan empat warga sekolah itu pada 23 November lalu.

“Ekoran penularan wabak itu, SMTDR terpaksa ditutup selama selama sehari pada tarikh tersebut,” kata kenyataan SMTDR Lenggong menerusi Facebooknya.

SMTDR Lenggong adalah satu daripada empat SMTDR di negeri itu, selain Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) yang melaksanakan Program Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).

Untuk rekod, institusi pendidikan di Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah beroperasi semula pada 22 November lalu susulan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah.

Menerusi Facebook itu, pihak sekolah turut memaparkan keadaan sekolah tersebut susulan penularan COVID-19,

Ekoran penutupan sekolah berasrama itu, pihak sekolah menerima pelbagai bentuk sumbangan dan bantuan daripada pelbagai pihak bagi membantu pihak sekolah menguruskan pelajar dan warden di asrama.

Terdahulu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dilaporkan berkata, setakat kelmarin, penularan COVID-19 berlaku di dua sekolah di negeri itu iaitu Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar serta sebuah sekolah agama di Bagan Datuk.

Bagaimanapun, katanya, sekolah terbabit tidak ditutup dan pelajar yang dijangkiti dikuarantin di asrama berasingan.

-EDISI9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan