31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 6, 2022

Kelantan dilanda banjir kembali, 4 PPS dibuka di Jeli

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

GELOMBANG kedua banjir mula melanda negeri Kelantan dengan Jeli menjadi jajahan pertama terjejas apabila air Sungai Lanas dan Pergau melimpah selepas hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Setakat tengah hari ini, portal e-banjir Kelantan melaporkan empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka sejak pagi tadi di Jeli bagi menempatkan 430 mangsa daripada 135 keluarga.

Menurut portal tersebut, empat PPS terbabit ialah PPS Dewan Kesedar, Tabika Kemas dan Sungai Satan melibatkan 286 mangsa, PPS Dewan Kesedar dan Pasti Bukit Lakota (126 mangsa), PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Bongor (7 mangsa) dan PPS SK Jeli 1(11 mangsa).

Manakala, di Rantau Panjang pula, seramai 54 mangsa dilaporkan masih lagi terkandas di PPS SK Gual Tok Deh, akibat banjir termenung yang belum surut kesan gelombang pertama, kira-kira dua minggu lalu.

Baca juga:   [TERKINI] DUN Johor bubar selepas dapat perkenan sultan

Paras air Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dilaporkan sudah melepasi paras amaran iaitu mencecah 23.06 meter, berbanding paras normal 19 meter.

Bagaimanapun, sungai-sungai utama di Kelantan seperti Tangga Krai (Kuala Krai), Jambatan Guillemard (Tanah Merah), Tambatan Diraja (Kota Bharu) dan Golok (Rantau Panjang) masih normal walaupun menunjukkan trend meningkat.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Jeli melaporkan Jalan Jeli Lama dinaiki air sedalam hampir satu meter di laluan sejauh 650 meter dan terpaksa ditutup kepada semua jenis kenderaan.

Baca juga:   Banjir: Pengurusan bencana berbeza ikut situasi, lokasi

Sementara itu, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkongsikan kemaskini keadaan cuaca sehingga pukul 11.20 pagi tadi.

Menurutnya, terdapat amaran hujan berterusan di tahap bahaya di beberapa tempat terutamanya di Kelantan membabitkan Jeli, negeri pantai timur, Johor dan Sabah.

“Hati-hati dan sentiasa waspada dengan amaran dan maklumat semasa daripada pihak berautoriti.

“Marilah kita berdoa agar tidak ditimpan bencana buruk kepada kita semua,” kongsinya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

TMJ nafi keluar kenyataan dakwa UMNO parti sampah

TUNKU Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan menyentuh mana-mana pemimpin parti politik...

Lagi Artikel Berkaitan