28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Jawi terima 6,113 kg al-Quran rosak untuk dilupuskan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sudah menerima sejumlah 6,113 kilogram (kg) al-Quran rosak akibat banjir untuk dilupuskan.

Jawi menerusi satu kenyataan berkata, al-Quran itu diserahkan kepada Pusat Pelupusan al-Quran Darul Kalam, Raudhatul Sakinah Taman Selasih, Kuala Lumpur.

Menurutnya, ia diserahkan oleh individu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sekolah rendah agama yang terjejas dalam kejadian banjir khususnya di Kuala Lumpur dan Selangor baru-baru ini.

“Jawi sedia membantu melupuskan al-Quran yang rosak akibat banjir mengikut panduan syariat.

“Orang ramai yang mahu melupuskan al-Quran yang rosak boleh menghubungi talian 03-22749333 sambungan 1410,” katanya.

Advertisements

Jawi berkata, perkhidmatan melupuskan al-Quran rosak itu dilaksanakan secara percuma.

“Al-Quran yang diterima akan ditimbang terlebih dahulu sebelum helainnya diceraikan dan seterusnya melalui proses merincih.

“Naskhah itu kemudian dilupuskan dalam relung pembakaran,” katanya.

Selain Jawi, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan turut menyediakan kutipan khas al-Quran rosak untuk dilupuskan.

Kutipan khas itu akan dilakukan di masjid dan surau bermula 1 Januari depan khusus bagi penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan