23.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 2, 2022

Ismail Sabri tagih sokongan UMNO, bantunya selesai isu rakyat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob menagih sokongan partinya, UMNO untuk membantu tugasnya memberi fokus menyelesaikan isu ekonomi dan kesihatan dihadapi rakyat.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, walaupun kes COVID-19 semakin menurun berbanding pada awal pelantikannya sebagai Perdana Menteri dan ekonomi negara juga dilihat semakin pulih, tugas itu masih belum berjaya dilunaskan dengan sepenuhnya.

“Saya perlu sokongan dari parti untuk naikkan semangat saya untuk perjuangan. Isu terbesar adalah isu rakyat dan bukan politiking yang tak habis-habis.

“Kes memang semakin menurun tapi masih di sekitar 4,000. Jangan ingat kita dah bebas sepenuhnya dari COVID-19 dan tanggungjawab saya masih lagi besar dan perlu saya lakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera, Pahang hari ini, lapor Bernama.

Baca juga:   Jangan bebankan PN, biarkan UMNO bertanding solo

Dalam pada itu, Ismail Sabri yang juga Ketua UMNO Bahagian Bera juga menyeru agar kembali ke asas perjuangan parti dalam membawa kesepaduan dalam kalangan masyarakat Melayu dan Islam, bagi memastikan kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau juga mengingatkan ahli parti untuk menjadikan kekalahan pada PRU-14 yang lepas sebagai peringatan, mengenai kepentingan kesepaduan dalam parti.

“Kita bentuk kerajaan hari ini bukan kerana kita menang PRU tetapi kerana kita bekerjasama dengan parti lain. Kita seolah-olah lupa perkara itu.

Baca juga:   Keberanian PM jadi kebanggaan negara Islam sedunia

“Tujuan asal penubuhan UMNO adalah untuk menyatupadukan umat Islam dan Melayu, namun sebaliknya yang terjadi sekarang apabila wujud beberapa kem dan pergeseran dalam parti,” katanya.

Naib Presiden UMNO itu juga mengingatkan ahli parti supaya tidak terlalu mendabik dada dengan kemenangan besar parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini dengan menggesa PRU diadakan secepat mungkin.- Edisi 9

Terkini

“3A” pendekatan Pemuda BN tambat pengundi

PEMUDA Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan pendekatan "3A" dalam menjamin serta memastikan kemenangan di setiap kawasan yang ditandingi oleh calon...

Lagi Artikel Berkaitan