26.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023

KPM umum jadual baharu SPM 2021

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JADUAL baharu bagi peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia 2021 dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini, yang akan bermula pada 2 sehingga 29 Mac 2022.

Menerusi jadual baharu SPM yang dipaparkan di portal rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia bermula hari ini, peperiksaan pada Rabu 2 Mac kelak akan bermula seawal pukul 8 pagi melibatkan subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2 serta Pendidikan Seni Visual- Teori Seni.

Turut dimuat naik adalah jadual masa tambahan bagi calon yang berkeperluan khas seperti masalah pembelajaran, kurang upaya penglihatan (buta dan rabun), kurang upaya pelbagai dan kurang upaya fizikal.

Menurut Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan SPM 2021 itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah untuk memuat turun jadual baharu tersebut dari portal rasmi Lembaga Peperiksaan di pautan lp.moe.gov.my.

“JPN juga perlu mencetak dan mengedarkan jadual baharu itu kepada semua calon persendirian manakala Pengetua Sekolah perlu mengedarkan jadual berkenaan kepada semua calon terlibat,” katanya.

Baca juga:   Manfaat perintah berkurung hafaz al-Quran dalam 6 bulan

Sebelum ini, KPM memaklumkan akan mengeluarkan jadual baharu SPM 2021 selepas jadual sebelum ini mengundang kritikan pelbagai pihak berikutan tarikh peperiksaan yang akan bermula pada 3 Mac hingga 20 Mac 2022 itu jatuh pada Jumaat dan Ahad.

Selain itu, tarikh jadual peperiksaan itu turut berada pada cuti akhir penggal 3 2021/2022 yang dijadualkan bermula pada 25 Februari hingga 20 Mac 2022. – Edisi 9

Baca juga:   Calon SPM yang gagal dapat sijil boleh duduki ujian ulangan

Wartawan

Terkini

Elemen amanah, keyakinan perlu diterap dalam pasukan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kepada jemaah menteri dan penjawat awam untuk bekerja sebagai satu pasukan yang...

Lagi Artikel Berkaitan