32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Banjir di Pantai Timur catat korban pertama di Pahang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEJADIAN banjir di Pantai Timur mencatatkan korban pertama selepas seorang penunggang motosikal yang dihanyutkan arus deras ketika cuba meredah air ditemukan lemas di Jalan Pulau Manis dekat Gambang, Pahang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah hari itu, mangsa, M. Gunalan, 38, menunggang motosikal jenis Honda EX5 melalui jalan terbabit yang dilimpahi air dipercayai untuk pulang ke rumahnya.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, ketika tiba di lokasi kejadian, terdapat air melintas dan berarus laju menghalang laluan.

“Namun mangsa bertindak meredah air berkenaan sebelum motosikal yang dinaiki terbalik dan mangsa dihanyutkan arus deras ke kawasan ladang sawit berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ismail berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.40 tengah hari dan 11 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa turut dibantu enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Kuantan serta enam anggota Bomba Sukarela Gambang.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran jingga di Kelantan dan Terengganu yang mana hujan lebat dijangka berterusan sehingga esok.

Manakala di Pulau Pinang dan Perak pula diletakkan di peringkat amaran (kuning) bagi seluruh negeri Pulau Pinang dan Perak.

Hujan juga dijangka berterusan sehingga esok bagi kawasan di Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Pekan di Pahang selain di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan