32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Ribuan botol minuman hiasi Spritzer Eco Park

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGELUAR air mineral terkemuka Spritzer buat pertama kali mendirikan hiasan lestari menggunakan botol minuman di Taiping, Perak sebagai tarikan utama di Spritzer Eco Park tahun ini.

Spritzer dalam kenyataannya berkata, para pengunjung di Spritzer Eco Park itu boleh merakam gambar kenangan mereka di hadapan pokok setinggi 10 kaki yang dibina daripada botol-botol Spritzer Sparkling.

“Lampu LED dililit kelilingnya yang akan mencetuskan suasana musim percutian dari 17 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022,” katanya.

Dalam pada itu, para pelawat juga boleh meneroka Terowong Seni Kitar Semula yang diperbuat daripada ribuan botol Air Mineral Semulajadi Spritzer.

Mereka boleh merakam gambar untuk dimuat naik di sosial media bagi mengucapkan selamat tinggal tahun 2021 dan mengalu-alukan tahun 2022 dengan harapan dan permulaan baharu.

Advertisements

“Aktiviti-aktiviti lain yang dianjurkan termasuk permainan golf mini pakej dengan bola golf LED istimewa pada hari musim ini, kraf DIY bertema Krismas, termasuk kotak hadiah buatan tangan dengan bahan guna semula yang diadakan pada waktu tertentu yang telah ditetapkan,” katanya.

Di samping itu, para pelawat boleh menyegarkan tekak dengan edisi khas minuman berperisa Tropical Fizz Spritzer Sparkling dan juga lolipop berdekorasi Krismas.

Spritzer menitikberatkan keselamatan dan kesihatan para kakitangan, vendor dan pelawat.

Acara ini akan diadakan dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang merangkumi check in MySejahtera, penjarakan sosial, pelitup muka dipakai setiap masa dan cecair sanitasi akan disediakan di pelbagai lokasi di dalam kawasan Spritzer EcoPark.

Spritzer berharap untuk menerima dan mengalu-alukan kedatangan pengunjung dalam keadaan selamat.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan