27.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 18, 2024

Majikan boleh dihukum jika halang pekerja mengundi – SPR

Tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 atau penjara selama setahun jika sabit kesalahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MANA-MANA majikan yang tidak membenarkan pekerja mereka keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 esok boleh dikenakan tindakan.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, majikan terbabit boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 25(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 atau penjara selama setahun jika sabit kesalahan.

“Sehubungan dengan itu, SPR ingin mengingatkan kepada majikan supaya membenarkan pekerja mereka yang berdaftar sebagai pemilih keluar mengundi esok.

“SPR berharap semua pengundi dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan keluar mengundi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 1,866 pusat mengundi dengan 3,555 saluran akan dibuka untuk tujuan pengundian dan seramai 46,565 petugas akan bertugas bagi proses pengundian.

Beliau berkata, PRN Sarawak kali ini melibatkan 1,213,769 pengundi yang layak memilih.

Advertisements

Dalam pada itu, Ikmalrudin mengingatkan semua pihak yang bertanding bahawa tempoh rasmi berkempen tamat pada jam 11.59 malam ini.

Katanya, semua pihak tidak boleh merayu undi termasuk di pusat mengundi atau melalui mana-mana saluran media sosial.

“SPR juga mengingatkan bahawa semua parti atau calon bertanding adalah dilarang untuk membuka, membina atau menyelenggara barung semasa hari mengundi.

“Mana-mana pihak yang melakukan kesalahan ini akan diambil tindakan undang-undang,” jelas beliau.

Ikmalrudin mengingatkan kepada pengundi, calon dan petugas yang mahu memasuki pusat mengundi agar tidak memakai baju, topi, pelitup muka atau membawa barangan yang mempunyai nama, simbol serta gambar parti atau calon.

Tegas beliau, mereka juga dilarang membawa apa-apa bahan kempen serta sebarang tagline atau slogan kempen yang menjurus atau membawa maksud sokongan atau cenderung kepada mana-mana fahaman politik. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

212 terima penajaan Biasiswa YDPA sejak 2006 – Wan Dahlan

SERAMAI 212 warganegara Malaysia telah menerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) menerusi 19 penawaran sejak diperkenalkan pad 2006 sehingga...

Lagi Artikel Berkaitan