27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

MEDAC bantu 220,248 usahawan terjejas akibat COVID-1

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) setakat ini telah membantu seramai 220,248 usahawan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 di bawah program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM).

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, usaha tersebut tidak akan terhenti malah MEDAC akan terus membantu usahawan mikro, kecil dan sederhana bukan hanya melalui pembiayaan tetapi juga melalui peluang perniagaan baharu, digitalisasi, latihan keusahawanan dan juga sesi libat urus yang melibatkan persatuan atau pertubuhan.

“Saya menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengalu-alukan tindakan sektor perbankan untuk terus membantu peminjam yang menghadapi masalah kewangan.

“Usaha ini juga selaras dengan dasar baharu MEDAC yang saya umumkan supaya agensi yang memberikan pembiayaan kepada usahawan seperti Tekun Nasional, Bank Rakyat, SME Bank, SME Corp. Malaysia, PUNB, AIM dan PERNAS tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada peminjam,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Advertisements

Sementara itu, berkenaan dengan urusan pembiayaan dana, Noh berkata, tapisan CTOS dan CCRIS tidak akan digunakan bagi mempermudahkan urusan tersebut.

“Ini juga merupakan satu tindakan dalam membantu usahawan yang terkesan dalam tempoh pemulihan COVID-19.

“Selaras dengan AKM iaitu Bekerja Bersama Rakyat semoga semua langkah bantuan ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada mereka yang amat memerlukan,” – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan