25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Bayaran Fasa 3 BKC Isnin ini, babit RM1.2 bilion

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan bahawa pembayaran Bantuan Khas COVI-19 (BKC) Fasa 3 sebanyak RM300 akan dibuat Isnin ini.

Menurut Perdana Menteri, ia melibatkan 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40 membabitkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion.

“Dengan pembayaran ini, lengkaplah nilai bantuan di bawah BKC berjumlah RM4.6 bilion dan menzahirkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2 BKC telah selesai diagihkan pada September dan November yang lalu dengan peruntukan sebanyak RM3.4 bilion untuk hampir 10 juta penerima.

Advertisements

Beliau berkata, kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan itu dapat menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Katanya, orang ramai boleh membuat semakan status kelulusan BKC https://bkc.hasil.gov.my.

Maklumat lanjut termasuk kriteria penerima BKC dan nilai bantuan yang diterima, boleh adual 2 serta Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan