Sunday, July 19, 2026

3,086 mangsa banjir dipindahkan di Selangor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH mangsa banjir kilat di Selangor terus meningkat apabila seramai 3,086 telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 1,011 sebelum ini.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, kesemua mangsa banjir itu melibatkan daerah Klang, Kuala Langat dan Sepang.

“Angka tertinggi adalah di Klang yang mencatatkan 2,604 mangsa di 17 buah pusat pemindahan sementara (PPS).

“Manakala bagi Kuala Langat dan Sepang adalah seramai 482 individu yang ditempatkan di sembilan PPS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Johan Setia mencatatkan jumlah pemindahan mangsa paling tinggi dengan 793 individu diikuti SK Telok Gong (681) dan Masjid Al-Islah (256). – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan