31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

11 kes lagi varian Omicron dilaporkan – Dr Noor Hisham

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 11 kes telah disahkan varian Omicron dengan kesemua kes yang dilaporkan adalah kes import, “kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, daripada jumlah kes yang dilaporkan itu, tiga kes masing-masing adalah dari United Kingdom dan Amerika, dua kes masing-masing dari Nigeria dan Arab Saudi dan satu kes dari Australia.

“Sembilan kes adalah melibatkan warganegara Malaysia manakala dua kes melibatkan warganegara Nigeria.

“Lapan kes mempunyai gejala namun hanya pada tahap kategori 2, dan tiga lagi kes tidak bergejala,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, lima kes telah menjalani kuarantin di rumah manakala enam kes menjalani kuarantin di stesen kuarantin.

“Kesemua kes ini sedang dalam siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca jangkitan dan kontak rapat.

“Tujuh lagi sampel bagaimanapun tidak dapat disahkan varian Omicron memandang ujian jujukan genom penuh tidak berjaya dijalankan.

“Ini disebabkan tahap viral load yang rendah dalam sampel-sampel yang diterima.

“Ketujuh-tujuh sampel didapati mempunyai nilai kitaran ambang (CT value) yang tinggi iaitu enam sampel dengan CT value melebihi 30 dan satu (1) sampel mempunyai CT value 28.47.

“Ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes import yang disahkan varian Omicron adalah 13 kes,”katanya.

Dalam pada itu, katanya, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) juga telah mengesan 13 lagi kes import yang menunjukkan kemungkinan varian Omicron pada 17 Disember 2021 dan kini sedang menunggu keputusan pengesahan daripada jujukan genom penuh (WGS).

“Maklumat lanjut mengenai perkara-perkara di atas akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga ingin memaklumkan bahawa sebanyak 222 kes baharu varian dilaporkan daripada 11 sehingga 17 Disember 2021.

“IMR telah mengenal pasti sebanyak 128 kes baharu yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC) iaitu 117 varian Delta (B.1.617.2) dan 11 varian Omicron (B.1.1.529) (seperti dilaporkan di atas), manakala Malaysian Genome & Vaccine Institute (MGI) telah mengenalpasti sebanyak 48 kes baharu yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2).

“Di samping itu, UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI) juga telah mengenalpasti 46 kes baharu yang kesemuanya adalah VOC iaitu varian Delta (B.1.617.2).

“Sehingga kini, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 5,213 kes.

“Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 5,193 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, bagi VOC terdapat sebanyak 4,933 kes varian Delta, 233 kes varian Beta, 14 kes varian Alpha dan 13 kes varian Omicron.

“Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, dengan peningkatan kes import varian Omicron di negara ini, KKM mempertingkatkan lagi aktiviti kawalan dan pencegahan COVID-19 termasuk varian Omicron di semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dan di dalam komuniti.

“Justeru, KKM menggalakkan supaya setiap individu mengambil dos penggalak vaksin COVID-19 agar tahap perlindungan yang optimum dapat dicapai bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

“Terus amalkan norma baharu dan pematuhan kepada SOP sedia ada, “katanya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan