24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kanak-kanak jantung terbalik jejak kaki ke Legoland

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HASRAT kanak-kanak menderita jantung terbalik, Mohd Adam Amsyar, 9, menjejakkan kakinya di taman tema Legoland hari ini tertunai selepas permintaannya itu mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Baginda yang memberi maklum balas segera berhubung hasrat kanak-kanak dari Kampung Parit Haji Ahmad, Pontian itu telah membiayai sepenuhnya kunjungan dia ke taman tema tersebut.

“Alhamdulillah,” ciap Tunku Mahkota di bawah gambar Adam yang kelihatan gembira di Legoland menerusi twitternya hari ini.

Berita gembira itu dikongsikan baginda dan seterusnya mendapat pujian daripada pelayar-pelayar di Twitter.

Suhaimi Zambri berkata, “terbaik Tuanku… bola bola cerita lain, tapi yang ini rakyat tabik pada Tuanku.

“Kalau semua pemerintah buat macam Tuanku nie.. Insya-Allah Malaysia akan tenteram,” katanya.

Bagi, Far8 pula, “syukur Alhamdulillah.. semoga menjadi asbab berbuat kebaikan sesama manusia.

Advertisements

“Amin,” katanya.

Sebelum ini Edisi 9 melaporkan hasrat seorang kanak-kanak jantung terbalik mahu menjejakkan kakinya ke taman tema Legoland sebelum akhir hayatnya mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Mohd Adam Amsyar, 9, dari Kampung Parit Haji Ahmad, Pontian yang dilapor menderita penyakit jantung terbalik atau Mitral Valve Atresia yang menyebabkannya sering sesak nafas serta keletihan.

Menerusi satu ciapan di Twitter, baginda berkenan untuk segera menyalurkan bantuan bagi membolehkan kanak-kanak malang itu dapat memenuhi impiannya.

“Saya akan minta laporan dan salurkan bantuan dengan segera. Salam Jumaat,” ciap baginda.

Mitral Valve Atresia adalah kecacatan jantung kongenital yang amat jarang berlaku, di mana injap mitral jantung tidak dapat berfungsi dengan betul.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan