31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PRN Sarawak: 11% jumlah pengundi setakat 9 pagi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH pengundi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 hari ini mencatatkan peratusan sebanyak 11 peratus.

Suruhanjaya Pilihan Raya berkata, peratusan keluar mengundi itu dicatatkan setakat pukul 9 pagi tadi.

Hari ini, lebih 1.2 juta pengundi di Bumi Kenyalang akan menunaikan tanggungjawab bagi memilih parti terbaik untuk membentuk kerajaan.

Proses pengundian tersebut melibatkan sebanyak 1,866 Pusat Mengundi dengan 3,555 saluran.

Seramai 46,565 petugas akan bertugas bagi proses pengundian.

Pematuhan SOP pengundi juga berjalan dengan lancar.

Media sebelum ini melaporkan, SPR mengingatkan kepada majikan supaya membenarkan pekerja mereka yang berdaftar sebagai pemilih keluar mengundi esok.

SPR berharap semua pengundi dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan keluar mengundi-Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan