26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Zahid Hamidi, Ab Rauf dikompaun langgar SOP kempen

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh masing-masing dikompaun RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, kedua-dua pemimpin politik itu didakwa menjalankan aktiviti kempen ziarah rumah ke rumah serta tidak memakai pelitup muka.

“Ia selepas pihak KKM menjalankan siasatan melalui video tular di media sosial dan mendapati telah berlaku pelanggaran SOP semasa tempoh PRN Melaka oleh kedua-dua individu tersebut pada 19 November 2021 di kawasan Masjid Tanah.

“Kompaun yang dikeluarkan berkenaan bawah Peraturan 16 P.U(A) 293/2021, Peraturan-Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Pelan Pemulihan Negara) 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Kenyataan itu juga berkata, SOP Pencegahan COVID-19 bagi Pelaksanaan PRU DUN Melaka Ke-15 telah dikeluarkan lebih awal pada 7 November 2021 sebagai rujukan agar semua pihak dapat memahami serta mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Ini bagi memastikan pilihan raya ini dijalankan dengan lancar dan mencegah daripada berlakunya penularan jangkitan COVID-19,” katanya.

KKM katanya akan terus memantau pematuhan SOP dan tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan kompaun kepada individu atau organisasi yang melanggar mana-mana SOP.

KKM juga menyeru seluruh masyarakat untuk terus patuh kepada arahan SOP, sentiasa prihatin kepada keselamatan rakyat dan menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam memerangi pandemik COVID-19 di Malaysia.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan