32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

PRN Melaka: SPR keluarkan 7,601 kertas undi pos

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 7,601 kertas undi pos kepada yang berhak untuk mengundi secara pos pada Pilihan Raya Negeri Dewan Undangan Negeri (PRN DUN) Melaka ke-15.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pengeluaran kertas undi pos itu adalah seperti yang diperuntukkan di bawah peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

Menurutnya, pengeluaran kertas undi pos semalam dijalankan oleh petugas pilihan raya di semua 28 kawasan DUN.

“Kesemua 7,601 kertas undi pos tersebut terdiri daripada 6,871 kategori Borang 1A (petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR, anggota polis, tentera dan petugas media) dan 511 undi pos bagi kategori Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara).

“113 kategori Borang 1C (9 Agensi dalam Sektor Keselamatan & Kesihatan) dan 106 Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ikmalrudin berkata, proses pengeluaran kertas undi pos itu dijalankan dengan kehadiran wakil calon daripada semua parti atau individu yang bertanding.

“SPR mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Pengisytiharan Identiti (Borang 2) serta segera mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus DUN berkenaan sebelum pukul 5 petang pada hari mengundi iaitu pada 20 November 2021 (Sabtu).

“Pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan