24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 22, 2022
< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Empat abang durjana rogol adik ditahan polis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan empat beradik lelaki di Bukit Kayu Hitam, Kedah, yang disyaki merogol adik sendiri sejak lebih tiga tahun lalu.

Memetik laporan Metro Online, difahamkan, mereka merogol mangsa berusia 13 tahun itu secara bergilir di rumah di daerah ini, sebelum kegiatan itu terbongkar baru-baru ini.

Mangsa dikatakan menceritakan perbuatan keji empat abangnya itu kepada ibunya sebelum laporan polis berhubung kejadian dibuat pada Ahad lalu.

Menurut sumber, kesemua suspek berusia antara 17 hingga 36 tahun ditahan di lokasi berasingan di daerah ini dengan dua daripada suspek ditahan, 5 petang kelmarin.

“Siasatan awal mendapati dua lagi abang mangsa turut terbabit dan mereka ditahan antara 1 hingga 4 petang semalam.

“Difahamkan, empat beradik lelaki itu adalah dari bapa yang sama, tetapi berlainan ibu dengan remaja perempuan terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan semua suspek ditahan bagi membantu siasatan.

Baca juga:   Dua polis disengat tebuan tanah berjaya tangkap penyamun

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan 14 (A) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017

-EDISI9

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Terkini

Institusi TVET KPLB digesa perhebat kerjasama dengan industri – Mahdzir

INSTITUSI Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) perlu meningkatkan lagi kerjasama dengan...

Lagi Artikel Berkaitan

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>