26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Muhyiddin cadang wujudkan mekanisme baharu agih bantuan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN dicadangkan mewujudkan satu mekanisme penyelarasan baharu pengagihan bantuan oleh pelbagai agensi kerajaan atau badan sukarela bagi memastikan tidak berlaku pertindihan.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui beliau menerima laporan ada rakyat yang terlebih menerima bantuan dan ada yang tercicir.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, antaranya mewujudkan sistem pengurusan bantuan yang bersifat end-to-end process dan automatik yang mana bantuan boleh terus dimasukkan ke akaun penerima bantuan dalam kadar segera sekiranya berlaku bencana, musibah, kehilangan kerja atau jatuh di bawah kategori miskin atau miskin tegar.

“Mewujudkan dasar graduasi bantuan atau Exit Policy bagi membolehkan penerima dibantu dalam jangka masa tertentu sehingga mereka mampu berdikari dan tidak bergantung kepada bantuan dalam tempoh yang agak lama.

“Sehubungan itu, saya berharap segala bantuan yang sewajarnya, yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2022 dapat disalurkan terus kepada sasaran.

“Langkah ini amat penting bagi memastikan golongan yang terkesan ini dapat dibantu segera dan tidak dibiarkan merana,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat pemurah dan COVID-19 menyerlahkan lagi nilai murni tersebut apabila ramai individu yang tampil untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Dalam pada itu menurut beliau, agensi-agensi yang berkaitan seperti Pusat Zakat, Baitulmal, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) turut tampil membantu.

Advertisements

“Semenjak lebih setahun lalu, pandemik COVID-19 telah membadai negara dan kehidupan rakyat. Ramai dalam kalangan mereka khususnya kumpulan M40 dan B40 yang terjejas pendapatan.

“Ada yang jatuh miskin, perniagaan gulung tikar dan sebagainya. Kemiskinan kini menjadi satu masalah utama yang perlu ditangani oleh kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menyatakandalam usaha untuk merancakkan semula ekonomi negara pasca pandemik COVID-19, Kerajaan hendaklah memberi fokus untuk menarik lebih banyak pelaburan baharu berteknologi tinggi dan teknologi hijau untuk jangka masa pendek dan panjang.

“Untuk itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bersama-sama kementerian lain yang berkaitan perlu menggiatkan misi pelaburan ke luar negara di samping meningkatkan kerjasama perdagangan serantau dan global.

“Penyampaian segala insentif untuk komuniti perniagaan mestilah dipermudahkan untuk membantu mereka bangkit semula dan meraih keuntungan yang kesannya akan memberi impak positif kepada ekonomi negara.

Terbaharu menurut beliau, Moody’s Analytics mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang kepada 5.0 peratus tahun depan, disokong oleh pembukaan semula perjalanan domestik dan antarabangsa, kenaikan harga komoditi dan peningkatan dalam perdagangan global.

“Pastinya unjuran ini dibuat berasaskan sentimen pengguna dan komuniti perniagaan berikutan pembukaan pesat semua sektor ekonomi dan sosial, hasil kejayaan program vaksinasi kita,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan