29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

6,243 kes baharu harian COVID-19 hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JANGKITAN baharu Covid-19 kembali meningkat dengan 6,243 kes menjadikan jumlah kumulatif kes positif di seluruh negara sebanyak 2,522,498 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes harian tersebut sebanyak 24 kes adalah kes import melibatkan 18 warganegara dan enam bukan warganegara.

“Sementara, penularan tempatan sebanyak 6,219 kes [5,881 warganegara (94.6%); 338 bukan warganegara (5.4%)].

“Dalam pada itu, 106 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 6,137 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Di samping itu, katanya, terdapat sebanyak 543 kes dilaporkan memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) (504 kes disahkan COVID-19 ; 39 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); manakala 279 kes memerlukan bantuan pernafasan (196 kes disahkan COVID-19 ; 83 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

Beliau berkata, kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 5,068 kes menjadikan sebanyak 2,430,122 kes kumulatif atau 96.34 peratus.

Ujar beliau, terdapat tujuh lagi kluster dilaporkan pada hari ini menjadikan kluster aktif sebanyak 300. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan