Thursday, July 23, 2026

Peluang dan ruang sama rata parti politik berkempen

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PELUANG dan ruang sama rata dapat dilihat kepada semua parti bertanding termasuk pihak lawan dalam berkempen menghadapi Pilihan Raya Melaka (PRN) esok.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berkata pendekatan kempen parti yang bertanding pada PRN kali ini juga banyak bergantung pada kreativiti masing-masing.

“Kali ini, parti kerajaan juga cukup berdisiplin kerana tidak membabitkan jentera kerajaan, malah program rasmi kerajaan tidak diadakan.

“Ini memberi ruang sama rata antara (calon parti) kerajaan, pembangkang dan bebas,” katanya dalam siaran langsung Santai FB Live bersama TSAM dikongsikan melalui Facebook rasmi beliau.

Annuar berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang tempoh berkempen itu, turut dilaksanakan secara adil kepada semua pihak.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai tarikh mengundi untuk PRN kali ini, selepas Dewan Undangan Negara (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik balik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.-Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan