29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

4,303 tempahan Myvi baharu dalam tempoh 9 hari

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 4,303 tempahan Myvi Baharu telah diterima selepas Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melancarkan kenderaan tersebut pada harga bermula RM45,700.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, tempahan yang diterima dalam tempoh sembilan hari itu terus dibuat penghantaran serta-merta pada keesokan harinya.

Beliau berkata, Myvi Baharu yang menelan belanja RM50 juta untuk dibangunkan itu dilengkapi teknologi canggih, ciri keselamatan pintar yang dipertingkatkan, penjimatan bahan api lebih baik, penampilan baharu yang sporty serta warna baharu.

“Kami jangka untuk menerima 6,000 unit pendaftaran setiap bulan yang membolehkan kami mengekalkan kecenderungan jualan Myvi pada masa akan datang.

“Myvi menarik perhatian rakyat Malaysia dan diterima secara meluas oleh masyarakat.

“Tawaran baharu ini demi memastikan pelanggan kami memperoleh nilai terbaik,” katanya dalam kenyataan selepas pelancaran model terbaharu itu, semalam.

Myvi Baharu ditawarkan dalam varian 1.5 liter AV (Advance) pada harga RM58,800; 1.5 liter H (RM53,900); 1.5 liter X (RM49,900); 1.3 liter G PSDA (RM47,700) dan 1.3L G Basic (RM45,700).

Advertisements

Perubahan ketara pada Myvi termasuk penambahbaikan dalam sistem keselamatannya, menampilkan sistem Perodua Smart Drive Assist (PSDA), yang direka dengan mengambil kira keselamatan pemandu dan pejalan kaki.

PSDA termasuk Advance Safety Assist versi 3.0, Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Keep Assist (LKS), Blind Spot Monitoring System (BSM) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA) (Tersedia dalam semua varian kecuali varian 1.3L G terendah).

Katanya, ini bermakna semua varian Myvi Baharu kini mempunyai teknologi Autonomi Tahap 2 kecuali satu daripada varian G.

“Ini kali pertama dalam sejarah Malaysia, syarikat kereta menawarkan teknologi Autonomi Tahap 2 kepada model di bawah tanda harga RM60,000,” katanya.

Semua varian di bawah Myvi Baharu menampilkan transmisi baharu iaitu Dwimod CVT (Continuous Variable Transmission), menggantikan transmisi 4-kelajuan.

Dengan penambahbaikan ini, Myvi Baharu mampu mencatatkan peningkatan sebanyak lima peratus atau tambahan 1 kilometer bagi setiap liter bahan api serta 20 peratus pecutan yang ditambahbaik.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan