27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kes aktif, kes harian terus bertambah – COVIDNOW

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes aktif COVID-19 dan kes harian negara menunjukkan trend peningkatan berdasarkan data dari laman web COVIDNOW setakat semalam.

Kes aktif sahaja, sebanyak 565 kes dilaporkan, menjadikan keseluruhan, jumlah kumulatif kes aktif kini mencecah 67,358 kes.

Bagaimanapun, bilangan kes sembuh negara  merekodkan pertambahan kes dengan sebanyak 5,760 kes.

Pertambahan angka tersebut menjadikan  jumlah kumulatif kes sembuh sehingga kini mencecah 2,472,283 kes.

Sebanyak 9 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID), dilaporkan semalam.

Pertambahan angka tersebut menjadikan jumlah kes BID di seluruh negara mencatatkan sebanyak 6,045 kes.

Dalam pada itu, sebanyak 55 kes kematian dilaporkan, dan jumlah itu menjadikan kes kematian COVID -19 sebanyak 29,892 kes.

Menerusi data laporan tersebut juga, daripada kes aktif terbabit, sejumlah 52,820 kes (78.4 peratus) bagi kuarantin di rumah; sebanyak 8,181 kes (12.1 peratus) di PKRC; sebanyak 5,816 kes (8.6 peratus) di hospital; sebanyak 278 kes (0.4 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan alat bantuan pernafasan dan 263 kes (0.4 peratus) ICU perlukan alat bantuan pernafasan.

Terdahulu, Edisi 9 melaporkan, kes baharu harian merekodkan peningkatan dengan sebanyak 6,352 kes dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,563,868 kes. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan