26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

SPRM berjaya pulangkan aset 1MDB RM20.53 bilion

Agensi itu giat meneruskan pemulihan aset dana 1MDB dalam dan luar negara termasuk di Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu, Taiwan dan Singapura.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama agensi penguat kuasa antarabangsa setakat ini berjaya memulangkan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah lebih RM20.53 bilion kepada kerajaan Malaysia.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, badan itu kini giat meneruskan pemulihan aset dana 1MDB dalam dan luar negara termasuk di Amerika Syarikat (AS), Emiriah Arab Bersatu (UAE), Taiwan dan Singapura.

Terbaharu menurut kenyataan berkenaan, pada 12 November lalu, Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) Singapura membuat pemulangan wang milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC International Sdn Bhd (SRC), Nik Faisal Ariff Kamil kepada kerajaan Malaysia menerusi Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset milik Kementerian Kewangan berjumlah AS$864,813.27 (hampir RM3.62 juta).

“Sebelum ini, kerajaan Singapura turut membantu dalam pemulangan aset sebanyak AS$15.4 juta (RM64.42) kepada Malaysia, membabitkan akaun Cutting Edge Industries Ltd, milik Datuk Tawfiq Ayman dan Samuel Goh.

Advertisements

“Pada ketika ini juga, SPRM sedang dalam usaha untuk pemulihan aset bagi negara seperti Switzerland, Kuwait, Mauritius, Cyprus dan Hong Kong, membabitkan individu yang mempunyai kaitan dengan kes 1MDB,” katanya hari ini.

Kementerian Kewangan sebelum ini memaklumkan, usaha pemulihan aset 1MDB dan SRC oleh kerajaan ketika ini, memfokuskan kepada pihak yang menyebabkan kerugian kepada 1MDB dan SRC ketika menjalankan tanggungjawab mereka, sama ada melalui pembabitan secara langsung atau tidak langsung dalam pelbagai operasi dan transaksi syarikat berkenaan.

Menurut kenyataan itu, semua yang terbabit akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas salah laku melalui pembabitan dalam 1MDB dan/atau SRC.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan