34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pengembara Afrika Selatan transit di Singapura positif Omicron

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA pengembara dari Afrika Selatan yang transit di Singapura sebelum meneruskan penerbangan ke Australia disahkan positif varian Omicron Covid-19.

Memetik laporan Bernama, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH), Kementerian Kesihatan New South Wales (NSW) mengesahkan bahawa kedua-dua pengembara yang tiba di Sydney dari selatan Afrika dengan penerbangan Singapore Airlines SQ211 pada 28 November disahkan positif bagi varian baharu itu.

Kementerian berkata, pengembara itu berlepas dari Johannesburg pada 27 November melalui Singapore Airlines SQ481 dan tiba di Lapangan Terbang Changi pada hari yang sama untuk penerbangan transit mereka.

“Saringan Covid-19 yang dibuat sebelum mereka berlepas di Afrika Selatan pada 27 November adalah negatif,” katanya.

MOH berkata, kebanyakan pengembara kekal di kawasan transit di Lapangan Terbang Changi sehingga berlepas ke Sydney pada 28 November dan tidak memasuki Singapura atau melawat kawasan lain di Lapangan Terbang Changi.

Advertisements

“Enam daripada tujuh penumpang daripada penerbangan itu yang berada di Singapura pada masa ini melaksanakan Notis Duduk Rumah (SHN) 10 hari di kemudahan khas dan akan membuat ujian PCR.

“Seorang lagi adalah kontak rapat dengan individu yang dijangkiti dalam penerbangan dan sedang dikuarantin.

“Pengesanan kontak sedang dijalankan ke atas kakitangan lapangan terbang yang mungkin menjadi kontak sementara kes itu,” kata MOH. – Edisi 9



Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan