29.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

8,166 sekolah negeri Fasa 4 beroperasi sepenuhnya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 8,166 buah sekolah melibatkan sesi rendah dan menengah bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di negeri Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) telah beroperasi sepenuhnya setakat semalam.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 6,091 merupakan sekolah rendah manakala 2,075 ialah sekolah menengah.

“Murid terlibat pula ialah seramai 4,251,221 masing-masing melibatkan 2,517,233 bagi sekolah rendah dan 1,733,988 melibatkan pelajar sekolah menengah.

“Bagi negeri Kelantan dan Sarawak yang berada dalam Fasa 3 PPN pula, terdapat 1,894 buah sekolah beroperasi dengan melibatkan 1,526 sekolah rendah dan 368 sekolah menengah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini, lapor Kosmo Online.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (Pas-Kuala Krai) yang mahu mengetahui mengenai perkembangan terkini pengoperasian sekolah seluruh negara sejak dibuka secara berperingkat pada 3 Oktober lalu.

Dr. Radzi berkata, pengoperasian sekolah di negeri Kelantan dan Sarawak melibatkan Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, murid kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan murid prasekolah dengan jumlah keseluruhan seramai 49,563 orang.

“Bagi sekolah menengah pula, pengoperasian secara bersemuka melibatkan murid kelas peperiksaan, MBK di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas dan murid kelas PPKI dengan jumlah murid seramai 84,497 orang.

“Secara keseluruhannya, bilangan sekolah yang sedang beroperasi adalah sebanyak 10,060 buah sekolah dan melibatkan seramai 4,385,281 orang murid,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan