24.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023

KKM nafi mesej tular varian Omicron dikesan di Perak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan kesahihan mesej tular yang mendakwa bahawa varian Omicron dikesan di Perak.

Kementerian Komuniksi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menerusi kenyataan yang dikeluarkan berkata, KKM menjelaskan bahawa setakat ini tiada kes COVID-19 varian Omicron dikesan di Malaysia.

“Sehubungan dengan itu, orang ramai disaran agar menghentikan penyebaran maklumat daripada sumber yang tidak sahih yang boleh menimbulkan kebimbangan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Mereka perlu merujuk media sosial rasmi KKM untuk mendapatkan maklumat sahih,” katanya.

Varian Omicron merupakan varian baharu COVID – 19 dengan 32 mutasi ‘spike’ protein iaitu dua kali ganda lebih banyak daripada varian Delta.

Semalam, Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, di Dewan Rakyat memberitahu varian baharu tersbeut yang ditemui di Afrika Selatan kini semakin menghampiri negara ini.

Baca juga:   Dakwaan pelajar sekolah positif Covid-19, KKM tunggu ujian

Beliau berkata, varian itu kini sudah ditemui di Hong Kong dan rakyat perlu lebih patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) agar varian itu tidak tembus ke negara ini.

– Edisi 9

Wartawan

Terkini

Lelaki warga asing tak siuman tak ‘makan’ pujuk langgar lori

SEORANG lelaki warga asing yang tidak mahu memberikan kerjasama kepada pasukan polis akhirnya melarikan diri sehingga melanggar sebuah lori...

Lagi Artikel Berkaitan