24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

MRANTI ditubuh bagi pengkomersilan idea, teknologi tempatan

Hasil gabungan dua agensi di bawah MOSTI iaitu Technology Park Malaysia dan MaGIC

Mesti Baca

KEMENTERIAN Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini mengumumkan pembentukan Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), melalui penggabungan dua agensinya, Technology Park Malaysia (TPM) dan MaGIC.

Penubuhan MRANTI yang dijangka beroperasi tahun hadapan selaras dengan agenda pemangkin pengkomersialan teknologi negara menerusi Pemecut Pengkomersialan Teknologi (TCA) bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara melalui sains, teknologi dan inovasi (STIE).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, misi utama MRANTI adalah untuk memudah cara proses pencetusan idea sehingga ke penghasilan impak melalui penciptaan, pembangunan dan pengkomersialan teknologi dan inovasi.

Beliau berkata, penubuhan MRANTI di bawah program TCA itu selaras dengan strategi di bawah pemangkin dasar membangunkan tenaga kerja masa hadapan dan mempercepat penerimagunaan teknologi dan inovasi yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Melalui MRANTI, Return on Ideas atau pulangan daripada idea secara umumnya merujuk kepada pertukaran pengetahuan kepada perolehan fiskal.

“MRANTI ditubuhkan sebagai landasan pelancaran teknologi dan inovasi untuk membantu perusahaan, penyelidik dan pencipta memaksimumkan
pulangan idea pada kadar yang lebih cepat, dengan mengoptimumkan sinergi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan MRANTI dan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) melibatkan TPM dan MaGIC serta pelbagai agensi berkaitan.

Advertisements
Adham Baba menyaksikan pemeteraian persefahaman antara MaGIC dan pelbagai agensi berkaitan di Kuala Lumpur hari ini.

Antaranya TPM dan Universiti Malaya, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Teknologi MARA serta Universiti Sains Malaysia.

Manakala MaGIC dan Entiti Neutral Akademi Sains Malaysia pula dengan Collaborative Research in Engineering, Science and Technology (CREST), Halal Development Corporation (HDC), Nano Malaysia Berhad dan International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF).

Turut ditandatangani persefahaman antara MOSTI dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Adham berkata, selain menawarkan program pembangunan kapasiti dan bantuan untuk menembusi pasaran, MRANTI juga akan menyediakan kemudahan fasiliti prototaip dan lapangan ujian langsung serta kemudahan dan perkhidmatan infrastruktur lain kepada para penyelidik dan inovator.

MoU yang dimeterai itu, jelas beliau, bagi menggalakkan pemindahan teknologi daripada makmal kepada industri yang akan membawa kepada pengkomersialan harta intelek dan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) universiti.

Selain itu, MoU antara MOSTI dan MyIPO pula adalah kerjasama dalam
perkongsian data Harta Intelek yang dibenarkan di bawah peruntukan Perundangan Harta Intelek sedia ada.

MoU tersebut turut merangkumi perkongsian Data Pembiayaan Dana oleh MOSTI, serta menggalakkan penggunaan portal Intellectual Property Rights (IPR) Marketplace sebagai platform dagangan harta intelek di
kalangan pemilik harta intelek warganegara Malaysia yang mendapat pembiayaan daripada MOSTI. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan