30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Mas Ermieyati di Tanjung Bidara, Rafiq ke Telok Mas

PN akan bertanding di kesemua 28 kerusi masing-masing 15 dari Bersatu, Pas lapan dan lima calon Gerakan

Mesti Baca

AHLI Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin menjadi pertaruhan Perikatan Nasional (PN) bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara dalam pilihan raya negeri (PRN) 20 November ini.

Turun diharapkan ialah Pengerusi Bersatu Melaka, Datuk Wira Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen yang tidak mempertahankan kerusi Paya Rumput, sebaliknya beralih ke Telok Mas.

Ketika mengumumkan 28 calon PN yang akan bertanding dalam PRN Melaka hari ini, Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penyertaan parti itu dalam pilihan raya tersebut bagi menawarkan kepimpinan dan khidmat bakti kepada rakyat Melaka tanpa mengira kaum dan agama.

“Ini adalah selaras dengan asas penubuhan PN sebagai sebuah gabungan parti-parti politik Bumiputera dan pelbagai kaum yang melambangkan perpaduan semua golongan rakyat di negara ini termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya hari ini.

Daripada 28 calon itu, Bersatu akan bertanding di 15 kerusi manakala Pas lapan sementara Gerakan pula lima kerusi.

Inilah kali pertama PN menyertai pilihan raya di Semenanjung.

Muhyiddin berkata, rekod kerajaan PN yang mentadbir negara sebelum ini boleh dijadikan rujukan utama oleh pengundi di Melaka.

“Kita prihatin kepada nasib rakyat dan melaksanakan apa jua perkara
yang boleh membantu rakyat menghadapi waktu yang paling sukar dalam hidup mereka.

“Saya tidak berniat untuk mendabik dada, tetapi lihatlah kejayaan yang kita capai hari ini dalam pengurusan pandemik dan bantuan untuk rakyat hasil daripada usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan PN.

Advertisements

“Inilah buku rekod kita yang akan kita bentangkan kepada rakyat negeri Melaka sebagai panduan untuk mereka membuat pilihan yang terbaik,” katanya.

Berikut senarai calon PN dalam PRN Melaka:

N01: Kuala Linggi – Aziah Mohd Sa’ad (Pas)
N02: Tanjung Bidara – Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (Bersatu)
N03: Ayer Limau – Dr Nordina Abd Latif (Bersatu)
N04: Lendu – Mejar (B) Abdullah Mahadi (Bersatu)
N05: Taboh Naning – Abu Hashim Abdul Samad (Pas)

N06: Rembia – Zamzuri Ariffin (Bersatu)
N07: Gadek – Mohd Amir Fitri Muharam (Bersatu)
N08: Machap Jaya – Tai Siong Jiul (Bersatu)
N09: Durian Tunggal – Ja’afar Othman (Pas)
N10: Asahan – B. Dhanesh (Gerakan)

N11: Sungai Udang – Dr Mohd Aleef Yusof (Bersatu)
N12: Pantai Kundor – Mohd Ridzwan Mustafa (Bersatu)
N13: Paya Rumput – Muhamad Faris Izwan Mazlan (Bersatu)
N14: Kelebang – Bakri Jamaluddin (Pas)

N15: Pengkalan Batu – Mohd Azrudin Md Idris (Bersatu)
N16: Ayer Keroh – Datuk Seri Micheal Gan Peng Lam (Gerakan)
N17: Bukit Katil – Muhammad Al Afiz Yahya (Pas)
N18: Ayer Molek – Mohd Fadly Samin (Bersatu)
N19: Kesidang – Patrick Ng Chin Kae (Gerakan)

N20: Kota Laksamana – Fong Khai Ling (Gerakan)
N21: Duyong – Datuk Kamarudin Sedik (Pas)
N22: Bandar Hilir – Clarice Chan Ming Wang (Gerakan)
N23: Telok Mas – Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen (Bersatu)

N24: Bemban – Dr Mohd Yadzil Yaakub (Bersatu)
N25: Rim – Azalina Abdul Rahman (Bersatu)
N26: Serkam – Ahmad Bilal Rahaudin (Pas)
N27: Merlimau – Abd Alim Shapie (Pas)
N28: Sungai Rambai – Muhammad Jefri Safry (Bersatu)

– Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan