23.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 18, 2022

MARA lancar projek pembangunan kondominium Signal Hill

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MARA Corporation Sdn Bhd (MARA Corp) melalui anak syarikatnya MARA Incorporated Sdn Bhd (MARA Inc) merancakkan industri pembinaan di Sabah menerusi projek pembangunan kondominium Signal Hill di Kota Kinabalu.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, projek tersebut dijangka turut mampu menyediakan lebih 2,000 peluang pekerjaan.

“Bukan itu sahaja, projek ini turut akan memberi peluang kepada syarikat kontraktor binaan, perunding projek dan syarikat pemasaran hartanah serta memberi peluang kepada golongan peniaga bumiputera yang terkesan ekoran penularan wabak COVID-19 yang melanda negara.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Kondominium Signal Hill yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Kota Kinabalu, Sabah, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi MARA, Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf.

Projek itu juga tambah Mahdzir, dijangka mampu merancakkan semula ekonomi dan industri pembinaan tempatan terutama dalam fasa pemulihan ini.

Untuk rekod, projek pembangunan kondominium tersebut menawarkan sebanyak 441 unit kediaman dengan gaya hidup moden yang menitikberatkan aspek keselamatan penghuninya.

Ia turut mempunyai 14 unit lot kedai berkeluasan hampir 20,000 kaki persegi.

Pembinaan projek dengan kos RM500 juta itu akan bermula pada pertengahan tahun hadapan dan dijangka siap dalam masa tiga tahun.

Baca juga:   60 penduduk Padang Terap terima bantuan rumah kediaman
Baca juga:   Usanita bantu usahawan wanita luar bandar kembali bangkit

Selain pembeli tempatan, kondominium Signal Hill turut mensasarkan warga asing menerusi Program Malaysia My Second Home (MM2H) yang bakal membawa manfaat ekonomi kepada Sabah.

“Menerusi usahasama pembangunan projek ini, MARA Inc. telah mengorak satu langkah lagi iaitu memperkasakan perkembangan syarikat dalam sektor pembinaan dan hartanah di negeri Sabah dan meningkatkan pengetahuan serta pengalaman dalam aspek pembangunan projek hartanah premium,” ujar Mahdzir.

-EDISI9

Terkini

RFID: PLUS, TNG diarah selesai isu kesesakan di plaza tol

PLUS Malaysia Berhad diarah mencari jalan penyelesaian berhubung isu kesesakan yang berlaku di plaza tol lebuh raya ekoran pelaksanaan...

Lagi Artikel Berkaitan