32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

Harta Muhammad Sajjad bakal dilelong buat bayar pampasan

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati Muhammad Sajjad tidak memberi maklum balas untuk membayar pampasan setelah gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada April lalu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBAHAGIAN aset milik usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzaman disita bagi membayar pampasan kepada Syarikat OWA Resources Sdn Bhd sebanyak RM200,000 yang gagal dilunas.

Memetik laporan Utusan Online, perintah penyitaan itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Farah Wahida Md. Nor selepas membenarkan permohonan Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32 dari OWA Resources.

Penyitaan dan penjualan dijalankan pukul 10.30 pagi tadi di rumah Muhammad Sajjad yang beralamat di Kota Damansara, Selangor.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati Muhammad Sajjad tidak memberi maklum balas untuk membayar pampasan setelah gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada April lalu bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkan beliau membayar gantirugi kepada OWA Resources.

Baca juga:   UMNO minta Ahli Parlimen keluar PN sebelum 1 Ogos?

Peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli yang mewakili Nurwati dan Syakir berkata, anak-anak guam fokus untuk mendapatkan pampasan yang diarahkan dibayar oleh mahkamah.

Menurutnya, barang-barang yang disita akan dilelong di bawah harga pasaran untuk menebus pampasan yang perlu dibayar kepada pihak plaintif.

“Writ penyitaan dan penjualan telahpun ditampal di premis defendan pada hari ini dan jika pihak defendan tidak membuat bayaran, semua barang yang disita akan dilelong pada 14 Disember ini.

“Sekiranya jumlah pungutan wang hasil dari lelongan masih tidak mencukupi melalui penjualan barang yang telah disita hari ini, anak-anak guam akan mengambil langkah seterusnya bagi menyita aset-aset lain yang boleh disita dan dijual,” katanya.

Baca juga:   Tiada siasatan baharu terhadap Dr Mahathir - Pengarah JSJ

Sajjad atau nama panggilannya Nur Sajat pernah menggemparkan negata apabila berjaya melarikan diri dari negara ini setelah waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

Dia kemudian ditahan oleh pihak imigresen Thailand sebelum memohon kad pelarian UNHCR di Bangkok bagi membolehkannya memasuki Australia dan kemudian menetap di sana.

-EDISI9

Terkini

Hapus kuasa veto: Netizen puji kenyataan berani PM

KENYATAAN berani Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke -77...

Lagi Artikel Berkaitan