30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Bekas pekerja kilang Perwaja Steel dapat pampasan RM 8.645 juta

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 709 bekas pekerja kilang Perwaja Steel Sdn Bhd akan mendapat pampasan selepas ditamatkan perkhidmatan pada November 2014.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kes yang dibicarakan lebih tujuh tahun itu akhirnya berupaya diselesaikan dengan pemberian pampasan secara keseluruhan sebanyak RM8.645 juta.

“Di Kemaman hari ini bagi menyampaikan pampasan kepada bekas pekerja Perwaja Steel Sdn Bhd.

“Setelah lebih 7 tahun kes mereka dibicarakan di mahkamah, akhirnya ia diselesaikan dengan pemberian pampasan secara keseluruhan sebanyak RM8.645 juta.

“Penerima pampasan akan menerima cek berjumlah di antara RM3,000 hingga RM21,000,” katanya dalam satu ciapan di Twitter hari ini.

Sebelum ini, kes penamatan pekerjaan ke atas kakitangan Perwaja Steel Sdn Bhd di bawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kilang syarikat di Kemaman itu menamatkan perkhidmatan pekerja terbabit selepas menamatkan operasinya pada bulan November 2014.

Para pekerja dimaklumkan pada bulan Jun 2014 bahawa syarikat mengalami kegawatan kewangan dan akan menjalankan penyusunan semula operasinya.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan