28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PM jamin gaji minimum RM1,500 mulai 1 Mei ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PINDAAN gaji minimum berjumlah RM1,500 tetap akan dilaksanakan mulai 1 Mei ini.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan ringkas di laman Twitter miliknya sebentar tadi.

“Saya memberi jaminan bahawa pindaan gaji minimum RM1,500 akan tetap dilaksanakan mulai 1 Mei ini.

“Perincian mengenainya akan diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan (kemudian),” katanya.

Saravanan sebelum ini dilaporkan berkata, pelaksanaan kadar baharu itu sudah dikaji secara mendalam dan pihaknya tidak akan membuat pusingan U hanya semata-mata kerana didesak pihak majikan tertentu.

Jelas beliau, bantahan majikan terhadap kenaikan kadar gaji minimum bukan perkara baharu dan sentiasa disuarakan setiap kali kadar baharu diumumkan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) yang menyifatkan pelaksanaan gaji minimum pada 1 Mei ini tidak kena pada masanya, serta mendakwa ia masih belum diwartakan setakat ini.

Mengulas lanjut mengenai gesaan pihak industri mengenai kelonggaran pelaksanaan gaji minimum, Saravanan menegaskan kelonggaran itu tidak boleh diberikan kepada terlalu banyak sektor, kerana ia akan menjejaskan matlamat untuk membela rakyat.

“Apabila saya umumkan sedikit kelonggaran untuk beberapa sektor seperti kerja kampung, syarikat yang kurang daripada lima pekerja dan syarikat yang berdepan kerugian besar seperti sektor perhotelan dan pelancongan, ramai pula nak ambil kesempatan.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan