32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Covid-19: Kekal kes empat angka 9 hari berturut-turut

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SITUASI semasa kes harian baharu Covid-19 yang direkodkan di negara ini menunjukkan trend positif apabila mengelakkan empat angka sembilan hari berturut-turut sejak 14 April lalu.

Kali terakhir kes lima angka direkodkan ialah pada 13 April lalu iaitu menyaksikan penambahan sebanyak 10,052 kes baharu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kes baharu yang direkodkan semalam ialah sebanyak 5,624 kes menjadikan nilai kumulatif kes yang direkodkan sehingga kini adalah sebanyak 4,427,067 kes.

“Sebanyak 10,041 kes sembuh direkodkan
serta majoriti kes baharu iaitu sebanyak 5,600 kes bersamaan 99.57 peratus dengan pecahan 1,765 kes (31.38 peratus) adalah dari kategori 1 dan 3,835 kes (68.19 peratus) adalah dari kategori 2.

“Selebihnya iaitu 0.43 peratus bersamaan 24 kes adalah kategori 3, 4, dan 5. Dari jumlah kes tersebut, 10 kes daripadanya dikesan tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi,
lapan kes telah menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak (booster),
enam kes telah menerima dos penggalak (booster), 12 kes berumur 60 tahun dan ke atas, 12 kes mempunyai komorbid serta satu kes adalah kes ibu mengandung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Manakala ujar beliau, 89 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 57 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, sebanyak 7,003 kluster telah direkodkan sejak tercetusnya pandemik Covid-19 dengan 99 kluster masih aktif.

Menurutnya, terdapat satu kluster baharu direkodkan setakat semalam.

Dalam perkembangan nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara secara puratanya adalah sebanyak 0.85 dan tiada negeri mencecah nilai 1.0.

-EDISI9

Terkini

50 keluarga asnaf terima bantuan pek makanan IR Malaysia

SERAMAI 50 keluarga asnaf menerima bantuan pek makanan daripada Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) sempena program MySinggah Ramadan yang...

Lagi Artikel Berkaitan