33.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 29, 2024

PRN Sarawak: KKMM bincang kempen guna media kerajaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan berbincang dengan kerajaan negeri bagi mendapatkan input sama ada wujud keperluan untuk calon-calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 berkempen menerusi saluran televisyen dan radio rasmi kerajaan.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata buat masa ini pihaknya sudah mengguna pakai konsep berkenaan dalam PRN Melaka lepas dan sedang dalam proses post mortem.

“Sarawak unik dan berbeza dari Melaka, jadi kita akan rujuk kerajaan negeri, tengok apa yang sesuai apa patut, yang penting apa diperlukan untuk memberikan pendedahan kepada calon-calon (PRN Sarawak).

“Secara konsep boleh dilaksanakan, tapi saya perlu berbincang dengan kerajaan negeri,” katanya selepas merasmikan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di Kampung Selalang, Tanjung Manis, Kuching, Sarawak hari ini.

Sebelum ini Annuar berkata, parti-parti kerajaan lebih bersikap terbuka dalam menghadapi PRN Melaka dengan memberi ruang sama rata kepada semua parti termasuk pasti lawan.

Malah kerajaan juga membenarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan poster serta biodata calon yang bertanding pada PRN Melaka lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 18 Disember depan sebagai tarikh pengundian PRN Sarawak, manakala hari penamaan pada 6 Disember.

Sementara itu, Annuar berkata, pihaknya giat memperkasa peranan PEDi bagi membolehkan usahawan kecil memasarkan produk mereka secara dalam talian.

Beliau berkata, usaha tersebut dilakukan dengan bimbingan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan rakan strategik lain.

Katanya, sehingga kini terdapat 130 PEDi di Sarawak dengan Tanjung Manis sahaja mempunyai lima pusat ekonomi tersebut. – Edisi 9

Terkini

Zahid garis tiga ikhtiar memperkasa ekonomi bumiputera

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga ikhtiar dalam usaha memperkasa bumiputera pada masa depan. Menurut Zahid,...

Lagi Artikel Berkaitan