26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Khidmat polis pengiring bekas PM mengikut Akta 237

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KHIDMAT pengiring keselamatan dan pengiring trafik bagi bekas-bekas Perdana Menteri (PM) adalah berdasarkan kepada peruntukan di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237).

Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan media yang dikongsikan dalam hantaran di media rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) hari ini.

“Sejak akhir-akhir ini, polis mengesan beberapa pihak yang mempertikaikan keistimewaan pengiring keselamatan dan pengiring trafik bagi bekas-bekas PM.

“Khidmat ini berdasarkan kepada peruntukan di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237) berhubung keistimewaan bagi bekas PM,” katanya.

Acryl Sani berkata, buat masa ini, PDRM memberikan perkhidmatan berkenaan kepada kesemua bekas PM Malaysia.

Menurutnya, bagi mana-mana bekas PM yang sedang berhadapan tindakan undang-undang, PDRM akan mengekalkan kelayakan kemudahan menggunakan khidmat pengiring keselamatan dan pengiring trafik kepada mereka sehingga proses rayuan dimuktamadkan oleh mahkamah.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan