34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Pengundian awal bermula libat 11,557 pemilih

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGUNDIAN awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bermula hari ini, melibatkan seramai 11,557 orang pemilih akan mengundi dalam PRN berkenaan.

Tinjauan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, difahamkan seramai 739 pengundi akan mengundi di IPK Melaka sehingga jam 5 petang ini.

Memetik laporan Sinar Harian, sebanyak dua saluran mengundi dibuka pada jam 8 pagi ini untuk proses pengundian.

Daripada tinjauan tersebut juga mendapati, seawal jam 7.45 pagi tadi pengundi telah mula mendaftarkan diri bagi menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Proses pengundian disaksikan ejen calon dan pemerhati pilihan raya yang dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR).

Pengundi mematuhi garis panduan pencegahan Covid-19 iaitu memakai pelitup muka, menggunakan cecair sanitasi tangan dan menjalani saringan suhu badan.

Sebelum ini, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, seramai 11,557 orang pemilih akan mengundi awal dalam PRN Melaka.

Menurut Ikmalrudin, ia melibatkan sebanyak 31 pusat pengundian yang akan dibuka seawal jam 8 pagi.

Tambah Ikmalrudin, jumlah tersebut terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 polis.-Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan