24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Masih kekal 21.6 peratus tiada vaksinasi – COVIDNOW

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERATUS jumlah populasi keseluruhan tiada vaksinasi masih kekal dengan 21.6 peratus direkodkan, berdasarkan data yang dikeluarkan menerusi laman web COVIDNOW setakat semalam.

Menerusi data tersebut juga, sekurang-kurangnya 78.4 peratus atau 5,488 suntikan dos pertama telah diberikan sementara 76.1 peratus atau 26,295 telah lengkap vaksinasi.

Ini sekaligus menjadikan 24,849,925 populasi keseluruhan di negara ini lengkap vaksinasi, setakat semalam.

Sementara itu, sebanyak 70,274 dos penggalak vaksin COVID-19 diberikan kepada kumpulan sasar, semalam, menjadikan jumlah kumulatifnya kini mencecah 1,042, 234 dos.

Dalam pada itu, data tersebut juga menjelaskan sebanyak 102,057 suntikan vaksin diberikan, semalam, yang membawa kepada jumlah kumulatif 51,322,636 dos.

Advertisements

Berkaitan kes harian COVID-19 pula, kes aktif menunjukkan pertambahan dengan sebanyak 539 kes dilaporkan.

Angka tersebut, menjadikan jumlah kumulatif kes aktif kini mencecah 65,956 kes.

Sejumlah 51,619 kes (78.3 peratus) kuarantin di rumah dilaporkan, di samping 8,035 kes (12.2 peratus) di PKRC.

Dalam pada itu, terdapat 5,776 kes (8.8 peratus) di hospital, 276 kes (0.4 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 250 kes (0.4 peratus) di ICU dengan bantuan pernafasan.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan