25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023

6,144 kes baharu harian COVID-19 hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NEGARA merekodkan jumlah kes COVID-19 sedikit tinggi apabila 6,144 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini adalah sebanyak 2,608,979 kes.

Menurut beliau, daripada kes harian tersebut, sebanyak 12 kes adalah kes import yang membabitkan 11 warganegara dan seorang bukan warganegara.

“Kes tempatan pula merekodkan sebanyak 6,132 kes, melibatkan 5,862 warganegara (95.6 peratus) dan 270 bukan warganegara (4.4 peratus).

“Terdapat 96 kes daripada kes harian yang dilaporkan (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; sementara, 6,048 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, sebanyak tujuh kluster baharu turut dilaporkan pada hari ini.

Baca juga:   Ketegasan Ahmad Zahid cabaran untuk Armada di PRK Slim

Dalam pada itu, katanya, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 516 kes (443 kes disahkan COVID-19 ; 73 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Sementara, kes memerlukan bantuan pernafasan pula sebanyak 272 kes (157 kes disahkan COVID-19 ; 115 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya. – Edisi 9



Wartawan

Terkini

Warga emas maut selepas tagih hutang RM250 dari kawan lama

SEORANG lelaki warga emas meninggal dunia dalam pergaduhan berpunca dari menagih hutang di kedai makan di Jalan Prima 2, Metro...

Lagi Artikel Berkaitan