27.6 C
Kuala Lumpur
Friday, December 3, 2021

7 warga Nigeria, seorang warga Pakistan ditangkap Imigresen

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI lapan lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) tujuh daripadanya warga Nigeria, manakala seorang lagi warga Pakistan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Cyberjaya dan Puchong, malam tadi.

Serbuan dilakukan oleh Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya malam tadi dengan kekuatan seramai 30 anggota penguatkuasa, susulan aduan penduduk tempatan yang kurang selesa dengan masalah sosial yang ditimbulkan warga Benua Afrika.

Menurut JIM dalam satu hantaran di Facebook, dalam operasi yang bermula jam 9.00 malam itu, terdapat anggota penguatkuasa yang tercedera selepas terbabit dalam pergelutan dengan pendatang asing yang enggan bekerjasama.

“Dalam operasi di sekitar kawasan Cyberjaya dan Puchong, seramai 25 pendatang asing diperiksa dan daripada jumlah itu seramai lapan PATI ditahan.

“Mereka ditahan selepas dikesan melakukan pelbagai kesalahan imigresen termasuk tidak memiliki dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, langgar syarat pas dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya hari ini.

Baca juga:   PPV IPT Mega USIM tamat, berjaya suntik 200,665 dos

Menurut kenyataan tersebut, premis terbabit dipercayai menjadi lokasi tumpuan warga Benua Afrika yang tinggal di sekitar kawasan Cyberjaya dan Puchong.

Menurutnya, kesemua PATI yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Semenyih di Selangor untuk tindakan selanjutnya.

-EDISI9

Terkini

Trend kahwin lewat, kes cerai menurun antara perkongsian DOSM

JABATAN Perangkaan Malaysia (DOSM) berkongsikan maklumat penduduk di negara ini kini mula berkahwin pada usia lewat 20-an berbanding awal...

Lagi Artikel Berkaitan