30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Tak tahan panas, lelaki batal niat bunuh diri dalam pondok dibakarnya

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TERTEKAN dengan tindakan rakan sekerja menuduhnya mengambil wang sumbangan untuk membeli dadah, seorang lelaki membakar lori dan pondok kediaman pekerja ladang lembu di Junjong, Kulim, Kedah, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, lelaki berusia 30-an berkenaan mendakwa dirinya tertekan dengan tuduhan berkenaan menyebabkannya bertindak sedemikian selain mahu membunuh diri.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Sazali Adam, suspek bagaimanapun membatalkan niat membunuh diri dengan keluar daripada pondok itu kerana tidak tahan panas.

“Kejadian disedari pengurus ladang yang tiba di lokasi dan terkejut apabila melihat lori dan pondok yang menempatkan tiga pekerja terbakar.

“Pengurus ladang berkenaan kemudian menyoal pekerjanya dan suspek mengaku melakukan perbuatan itu. Mendengarkan jawapan itu, pengurus terbabit terus membawa suspek ke Balai Polis Junjong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sazalee berkata, hasil siasatan lanjut mendapati suspek membakar lori dan pondok kediaman pekerja itu menggunakan selimut.

Menurutnya, suspek mendakwa dia tertekan dengan kata-kata buruk rakan sekerja yang menuduhnya mengambil wang sumbangan untuk membeli dadah.

“Siasatan mendapati lokasi kejadian itu terletak agak pendalaman iaitu dalam sebuah ladang sawit,” katanya.

“Polis turut merampas sehelai baju, seluar jeans, sepasang selipar dan pemetik api yang dipercayai digunakan suspek ketika membakar lori dan pondok itu dan kerugian dianggarkan RM10,000.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 435 dan 436 Kanun Keseksaan.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan