31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Eksekutif GLC, pemilik syarikat direman

Bagi membantu siasatan berhubung salah guna kedudukan untuk urusan projek bernilai RM2.6 juta

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung salah guna kedudukannya untuk urusan projek bernilai RM2.6 juta di GLC berkenaan, dua tahun lalu.

Memetik laporan Kosmo! turut direman bagi tempoh sama adalah dua lagi individu yang masing-masing adalah pemilik sebuah syarikat swasta.

Perintah reman terhadap kesemua suspek termasuk seorang wanita berusia 40 hingga 57 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohamed Redza Azhar Rezali.

Satu sumber, penahanan ketiga-tiga suspek dilakukan pukul 4.30 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Kata sumber, eksekutif itu telah menyalah guna kedudukan sebagai ketua projek dalam pengumpulan data berkaitan utiliti di sekitar pantai timur semenanjung Malaysia, pada 2019.

“Suspek utama itu telah mengesyor dan melantik proksinya sebagai pengurus projek di syarikat swasta itu bagi menguruskan projek tersebut bagi pihaknya.

“Nilai projek itu melibatkan RM2.6juta dengan suspek memperoleh peratusan daripada tuntutan pembayaran projek berkenaan,” katanya hari ini.

Sumber turut memberitahu, siasatan mendapati proksi yang dilantik tidak mempunyai sebarang kaitan dengan suspek utama berkenaan.

Jelasnya, dua pemilik syarikat swasta itu pula menjalankan kerja-kerja sub-kontraktor bagi projek tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan mereka dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan