32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Peniaga dakwa rugi RM139,500 ditipu Macau Scam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUANTAN – Seorang peniaga mendakwa mengalami kerugian RM139,500 akibat diperdayakan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis dan kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), akhir bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 50 tahun mendakwa menerima panggilan telefon pada 25 September daripada seorang wanita kononnya pegawai LHDN di Melaka.

“Suspek (wanita) mendakwa syarikat ditubuhkan mangsa mempunyai tunggakan cukai, yang dinafikan mangsa menyebabkan wanita itu menghubungkan panggilan itu kepada seorang suspek lelaki kononnya pegawai polis di Ibu Pejabat Kontinjen Melaka bagi membantu mangsa,” katanya lapor Melaka Hari ini.

Mohd Wazir berkata, ‘pegawai polis’ itu kemudian memaklumkan syarikat di bawah nama mangsa turut terlibat dengan siasatan kes jenayah dan mangsa perlu menyerahkan maklumat peribadi serta perbankan bagi tujuan semakan untuk ‘membersihkan’ wang mangsa.

“Selain itu, mangsa juga diarahkan memindahkan wang miliknya ke akaun sementara diberikan ‘pegawai polis’ itu sehingga siasatan selesai, yang dilakukan mangsa menerusi 11 transaksi secara dalam talian bermula 27 September hingga semalam,” katanya.

Beliau berkata, mangsa mula berasa curiga apabila ‘pegawai polis’ itu enggan menjawab jangkaan masa untuk wangnya dikembalikan semula selain semakin mendesak supaya lebih banyak transaksi pemindahan wang dibuat.

Sehubungan itu, katanya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Ruan, Raub semalam dan siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Edisi 9

Terkini

Malaysia kecewa kuasa veto diguna halang Palestin anggotai PBB

MALAYSIA menyuarakan rasa bimbang dengan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan