32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

Bersauh secara haram, dua kapal tangki asing ditahan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Dua buah kapal tangki berdaftar di Hong Kong dan Thailand ditahan selepas disyaki bersauh secara haram di perairan Johor Timur dalam Operasi Jangkar Haram, semalam.

Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, dua kapal tersebut ditahan setelah kedua-dua nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia.

Menurutnya, kapal tangki pertama yang berdaftar di Hong Kong ditahan pada pukul 10.45 pagi di kedudukan 9.3 batu nautika timur Tanjung Lompat.

“Kapal berkenaan dikendalikan 17 kru warga China dan Myanmar, berumur antara 24 hingga 51 tahun serta mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Manakala kapal tangki kedua pula berdaftar di Thailand, ditahan pada pukul 11.44 pagi di kedudukan 20.1 batu nautika timur laut Tanjung Siang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga:   Cubaan seludup 8,000 liter minyak diesel tumpas

Nurul Hizam berkata, kapal kedua ditahan itu dikendalikan 16 kru warga Thailand berumur antara 26 hingga 57 tahun, serta turut mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Arif Aiman dan Endrick alami kecederaan, terlepas aksi perlawanan Hong Kong

SKUAD Harimau Malaysia kehilangan dua tonggak utama Arif Aiman dan Endrick dos Santos akibat kecederaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa...

Lagi Artikel Berkaitan