26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Md. Nor lepas jawatan Pengerusi TH kuatkuasa hari ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Tabung Haji (TH) mengumumkan pengerusinya Tan Sri Md. Nor Yusof telah melepaskan jawatannya sebagai berkuatkuasa hari ini.

TH dalam kenyataannya berkata, sepanjang menjawat jawatan sebagai Pengerusi, Md. Nor telah memacu usaha penyusunan semula, perkukuhkan tadbir urus serta kedudukan kewangan TH.

Menurutnya, beliau juga berjaya meletakkan TH hari ini sebagai sebuah organisasi Islam yang bertanggungjawab menguruskan simpanan umat Islam untuk melaksanakan rukun Islam yang kelima.

“Jumlah deposit pada 30 Jun lalu ialah RM81.14 bilion iaitu tahap tertinggi sejak TH ditubuhkan 58 tahun lalu. Ini mencerminkan tahap kepercayaan dan keyakinan yang lebih tinggi dari pendeposit.

“Para Ahli Lembaga, Pengurusan Kanan dan semua warga kerja TH mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi sepanjang tiga tahun perkhidmatannya di TH,” katanya hari ini.

Untuk rekod, pada 14 Mei 2018, Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meletakkan jawatan sebagai pengerusi TH.

-EDISI9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan