26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Lembah Klang, Melaka beralih ke Fasa 4 Isnin ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan khabar gembira buat penduduk di Lembah Klang dan Melaka apabila kedua-dua negeri ini akan beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Isnin ini.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri berkata, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah pula akan beralih ke Fasa 3 mulai tarikh sama.

Menurutnya, keputusan itu dicapai hasil mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini.

“Peralihan fasa ini mengikut garis panduan yang ditetapkan PPN dan peratusan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa.

“Dengan peralihan fasa bagi negeri yang dinyatakan, Malaysia secara keseluruhannya kini beralih ke Fasa 3,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, Lembah Klang membabitkan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor.

Advertisements

Ismail Sabri berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri yang memasuki fasa tiga dan empat boleh dilayari di laman sesawang rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, berdasarkan laporan kes positif COVID-19 harian yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), negara mencatatkan bilangan kes di bawah 10,000 kes sehari bagi tempoh dua minggu berturut-turut.

“Kadar kebolehjangkitan atau R-naught juga terus mencatatkan penurunan dengan merekodkan angka di bawah paras 1.0 iaitu 0.86.

“Sehingga semalam, kadar vaksinasi populasi dewasa bagi dos pertama adalah 95 peratus manakala jumlah yang menerima dua dos vaksin pula seramai 91.2 peratus dan dijangka terus meningkat,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan