32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Terus patuh SOP, dapatkan vaksin bagi bina imuniti kelompok

Sementara itu sebanyak 11,413 kes sembuh dilaporkan hari ini sekali gus melepasi kes baharu harian iaitu sebanyak 7,420 kes.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai disarankan supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebagai norma baharu di samping mendapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan, bilangan kes kematian sekaligus dapat membina imuniti kelompok.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19.

“Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, kata beliau, KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan.

“Terdiri, elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat); amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn) dan sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup.

“Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan,” katanya.

Jelasnya KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO.

“KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan,” katanya.

Sementara itu, berkenaan dengan kes harian negara, Dr Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 11,413 kes sembuh dilaporkan sekaligus melepasi kes harian negara iaitu sebanyak 7,420 kes.

“Daripada kes baharu tersebut ia melibatkan sebanyak 17 kes import dan 7,403 kes tempatan.

“Sementara, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalag sebanyak 700 kes (635 kes COVID-19; 65 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan) manakala sebanyak 364 kes memerlukan bantuan pernafasan (282 kes COVID-19; 82 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Ujar Dr Noor Hisham, daripada 7,420 kes harian yang dilaporkan juga, sebanyak 108 kes (1.5 peratus) adalah daripada kategori 3, 4, dan 5; dan sebanyak 7,312 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 13 kluster baharu dilaporkan menjadikan jumlah kluster aktif kini mencecah 721 kluster. – Edisi 9


Terkini

50 keluarga asnaf terima bantuan pek makanan IR Malaysia

SERAMAI 50 keluarga asnaf menerima bantuan pek makanan daripada Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) sempena program MySinggah Ramadan yang...

Lagi Artikel Berkaitan