32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

MAIK benarkan jumlah jemaah ikut kapasiti sebenar mulai esok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan jumlah jemaah mengikut kapasiti sebenar masjid dan surau di seluruh negeri ini bermula esok.

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran itu berdasarkan kedudukan antara jemaah selepas penjarakan fizikal 1.5 meter semasa menunaikan solat fardu dan Jumaat.

Menurutnya, solat fardu Jumaat turut dibenarkan di halaman atau pekarangan masjid dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

Beliau berkata, kakitangan masjid dan jemaah yang hadir wajib lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19.

“Maik turut menetapkan syarat iaitu penerima vaksin jenis Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac wajib melepasi hari ke-14 daripada tarikh suntikan dos kedua untuk menunaikan solat.

“Bagi penerima vaksin satu dos suntikan iaitu Johnson & Johnson dan CanSino, mereka perlu melepasi hari ke-28 daripada tarikh suntikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   Peratusan jemaah haji luar negara dijangka lebih ramai tahun ini

Menurutnya yang juga Tengku Temenggong Kelantan, pelaksanaan solat jemaah mengikut kapasiti masjid dan surau itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri seperti peruntukan Perkara 6 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Ujarnya, bagaimanapun, semua aktiviti lain seperti majlis zikir, kelas al-Quran, kuliah umum dan khas adalah tidak dibenarkan.

“Kelas-kelas pengajian secara dalam talian adalah digalakkan agar aktiviti mengimarahkan masjid dapat diteruskan,” katanya.

Baca juga:   Langgar SOP: Pihak berkuasa perlu konsisten - Musa

Sebelum ini, Maik hanya membenarkan seramai 40 orang jemaah untuk menunaikan solat fardu dan Jumaat di semua majid serta surau di negeri ini pada bulan lalu. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Arif Aiman dan Endrick alami kecederaan, terlepas aksi perlawanan Hong Kong

SKUAD Harimau Malaysia kehilangan dua tonggak utama Arif Aiman dan Endrick dos Santos akibat kecederaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa...

Lagi Artikel Berkaitan